hidup tak selalu indah.. naper harus aku dipertemukan semula dengan sejarah lampau yg telah aku lupakan??? yg aku tak ingin nak ingat.... mengapa???? hanya Allah maha mengetahui.. naper harus rasa itu berputik kembali, mekar dan akhirnya mati diracuni oleh tangan yg menyemainya? naper harus begitu kejam? mengapa harus menipu? mengapa harus beri harapan dan akhirnya kecaikan?
adakah aku yg bersalah kerana memberikan maaf dan memberikan peluang? adakah aku yg mendesak atau terdesak utk mengetahui kedudukan sehingga akhirnya dibiarkan tanpa jawapan? aku kah yg bersalah?
terlalu banyak persoalan yg tiada jawapan.. cuma apa yg sangat pasti, aku ditinggalkan tertanya2 tanpa sebarang penjelasan dan kata2 akhir.. not even a goodbye.. dan seperti biasa, persoalan ini tidak pernah terjawab kerana kau tidak pernah mahu untuk hadapinya seperti seorang dewasa..
terlalu banyak persoalan... tetapi tiada jawapan.. semoga Allah ampuni aku dan berikan aku kekuatan tuk hadapi masa mendatang.. kelukaan ini terlalu perit tuk dihadapi tp aku berjanji, aku akan hidup dan buktikan aku mampu tuk hidup tenang dan berjaya walaupun ditinggalkan dgn kejam.. Allah maha adil.. dunia ini tak selalu indah tp tak juga kan selalu mendung.. ribut di laut akan pasti tenang juga.. begitu juga aku..
cuma aku berikan sekali lagi kemaafaan.. bukan kerana kasihan tp kerana aku perlukan ketenangan.. hanya dengan memafkan, aku akan lebih tenang.. walaupun payah dan akan mengambil masa, aku berjanji untuk bangun semula.. itu janji aku.. janji yg akan aku tunaikan walaupun dalam segala keperitan..
pergh mun, the jiwangest entry...
ReplyDeletewalaubagaimanapun, ngak kewajaran untuk aku memberi kata2 motivasi di sini, apepun, i know u very strong..=p
baru perasan.. sorry.. tq for the support..
ReplyDelete