Thursday, January 28, 2010

CinTA

Cinta – misha dan jac

Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yg ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akan kah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagai manapun hidup ini hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan
Cinta…


lagu ni sama macam aku.. aku harus bahagia walapun aku adalah cerita yg ditinggalkan...


naper????

naper aku masih mengharap sedangkan aku tahu ianya tidak akan kembali.. naper aku tak dapat bukakan hati aku utk yg lain? naper harus aku bandingkan dan harapkan yg sama dari org lain sedangkan aku tahu mereka bukan engkau.. naper aku masih anggap kau yg terbaik sedangkan aku tahu kau tidak.. naper aku tak berikan peluang utk diri aku sendiri? naper harus ku tutup jiwa ini wpn aku katakan bahawa aku telah membukanya..

aku sangat2 penat dengan keadaan ini.. sangat2 penat tapi aku tak mampu untuk mencari jalan keluar dari kemelut perasaan ini.. hanya kepada Allah ku serahkan segalanya...

mampu kah aku???


naper harus aku ingat lagi? aku dah dapat jawapan yg aku mahu.. kenapa masih mahu memikirkan? tah laa.. hati ini mmg terlalu degil.. tidak dapat diubah mahupun diajar..

aku cuma nak satu kehidupan yg bahagia.. tu jer.. kenapa terlalu sukar untuk menemuinya? i have read this motivational quotes.. there is always light at the end of each tunnel.. when can i see my light? or i won't at all?

Ya Allah, tabahkan aku dalam ujian Mu ini.. jgn kau jadikan hambaMu ini lemah dengan ujian hati dan perasaan.. tetapkan iman ku dan berikan aku ketabahan utk harungi badai ini dan naungi aku dibawah payung keredhaanMu Ya Allah.. berikan aku kekuatan agar aku tidak tersungkur dek kemelut kehidupan ini..

Sunday, January 24, 2010

mengapa?????


hidup tak selalu indah.. naper harus aku dipertemukan semula dengan sejarah lampau yg telah aku lupakan??? yg aku tak ingin nak ingat.... mengapa???? hanya Allah maha mengetahui.. naper harus rasa itu berputik kembali, mekar dan akhirnya mati diracuni oleh tangan yg menyemainya? naper harus begitu kejam? mengapa harus menipu? mengapa harus beri harapan dan akhirnya kecaikan?

adakah aku yg bersalah kerana memberikan maaf dan memberikan peluang? adakah aku yg mendesak atau terdesak utk mengetahui kedudukan sehingga akhirnya dibiarkan tanpa jawapan? aku kah yg bersalah?

terlalu banyak persoalan yg tiada jawapan.. cuma apa yg sangat pasti, aku ditinggalkan tertanya2 tanpa sebarang penjelasan dan kata2 akhir.. not even a goodbye.. dan seperti biasa, persoalan ini tidak pernah terjawab kerana kau tidak pernah mahu untuk hadapinya seperti seorang dewasa..

terlalu banyak persoalan... tetapi tiada jawapan.. semoga Allah ampuni aku dan berikan aku kekuatan tuk hadapi masa mendatang.. kelukaan ini terlalu perit tuk dihadapi tp aku berjanji, aku akan hidup dan buktikan aku mampu tuk hidup tenang dan berjaya walaupun ditinggalkan dgn kejam.. Allah maha adil.. dunia ini tak selalu indah tp tak juga kan selalu mendung.. ribut di laut akan pasti tenang juga.. begitu juga aku..

cuma aku berikan sekali lagi kemaafaan.. bukan kerana kasihan tp kerana aku perlukan ketenangan.. hanya dengan memafkan, aku akan lebih tenang.. walaupun payah dan akan mengambil masa, aku berjanji untuk bangun semula.. itu janji aku.. janji yg akan aku tunaikan walaupun dalam segala keperitan..


macam2...

waaa.. it has been ages since i last updated my blog.. walaupun tak ada org yg baca, atleast nak gak rasanya update citer.. banyak perkara yg berlaku.. few series in my life.. ada yg menarik dan ada yg tidak.. parents got sick, met with bdk yoor and being dump again, got scholarship and i am now in york.. perghh.. such a journey.. wish things will be occay for me after this..